Posts

Showing posts from 2012

SYARAHAN - DADAH MUSUH NEGARA

         Yang saya Muliakan Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Puan Syuhada Binti Ismail,Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Merah,Yang Dihormati Puan Rohani Binti Abdullah,Guru Penolong Kanan,Puan Aisyah Binti Ghani,Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,barisan panel hakim yang sentiasa berteraskan panji-panji keadilan,guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Assalamualaikum dan selamat pagi saya ucapkan.          Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya serta keizinanNya dapat saya berdiri di sini bagi menyampaikan syarahan saya dalam suasana yang sakinah pada pagi ini.Saya,Nur Humaira dari Tingkatan Lima Ceria telah memilih tajuk 'Dadah Musuh Negara'.Tajuk syarahan saya pada pagi ini sangatlah bersesuaian dengan isu penyalahgunaan dadah yang tidak berkesudahan dan semakin banyak menghiasi lembaran akhbar pada masa ini. Hadirin yang saya muliakan,           Pada abad ke-21 ini, Malaysia

CARA MENJAGA KESIHATAN

                Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Sudah semestinya setiap individu menginginkan tahap kesihatan yang baik buat diri masing-masing. Namun begitu, pelbagai penyakit kini semakin berleluasa malah ada yang menyebabkan kematian. Keadaan ini tidak seharusnya dipan dang remeh dan sebaliknya perlulah dianggap serius dan disusuli dengan langkah yang efektif.           Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha menjalani kehidupan yang sihat termasuklah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang mestilah berpandukan kepada piramid makanan. Kita disarankan supaya mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang berperanan membekalkan pelbagai jenis mineral dan vitamin kepada tubuh badan kita. Di samping itu, kita mestilah mengurangkan makanan yang berlemak supaya tidak mendapat penyakit seperti tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.            Selain itu, kita mestilah mengamalkan amalan bersukan dan bersena

PERANAN INSTITUSI KELUARGA DALAM MELAHIRKAN INSAN CEMERLANG

             Institusi keluarga terdiri daripada bapa, ibu, anak-anak dan saudara mara. Setiap unit mempunyai peranan yang jelas dan tersendiri. Walaupun keluarga merupakan agen sosial yang terkecil dalam masyarakat, namun keluarga memainkan peranan yang amat besar dalam melahirkan insan yang cemerlang. Ibu bapa terutamanya, mempunyai tanggungjawab yang besar kerana anak-anak diibaratkan seperti sehelai kain putih dan ibu bapalah yang perlu mencorakkannya. Malah, hadis Rasulullah S.A.W. ada mengatakan bahawa setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan yang bersih melainkan dua orang tuanya yang berperanan mencorakkannya menjadi Yahudi, Nasrani,atau Majusi. Jelaslah di sini bahawa keluarga memainkan peranan yang begitu penting dalam membentuk diri anak-anak dari segala aspek. Persoalannya, pernahkah ibu bapa renungkan sejauh mana peranan yang mereka mainkan berpengaruh dalam perjalanan hidup anak mereka?              Slogan ‘Rumahku Syurgaku’ membawa erti keluarga yang b