Posts

Showing posts from 2013

FAKTOR REMAJA LARI DARI RUMAH

        Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia . Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Permai, Puan Intan Binti Isa, guru-guru,dan rakan seperjuangan sekalian.         Terlebih dahulu, saya ingin memperkenalkan diri dan tajuk pidato saya pada hari ini. Saya,Nur Ain dari Tingkatan 4 Melati telah memilih tajuk “Masalah Remaja Lari Dari Rumah”. Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih lanjut, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya berdiri di sini dan menyampaikan pidato saya pada hari ini. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,          Dalam kepesatan pembangunan ekonomi, masyarakat kita berhadapan dengan gelombang perubahan sosial yang mencabar institusi sosial dan keluarga di negara ini. Akibatnya remaja di Malaysia sedang melalui kemelut sosial yang semakin berleluasa. Penglibatan remaja kita dalam kegiatan seks bebas, melepak

FAKTOR PEMBUANGAN BAYI DALAM KALANGAN REMAJA

            Pada   abad   ke-21   ini, Malaysia   merupakan   sebuah   negara   yang   pesat   membangun   dan   bersedia   menongkah   arus   pemodenan   dalam   dunia   global ini. Kini, Malaysia   begitu   terkenal   di   mata   dunia. Namun   begitu, di   sebalik   kegemilangan   ini,   masyarakat   Malaysia   masih   dihantui   satu   penyakit   sosial   yang   sudah   lama   bersarang   dalam   kalangan   masyarakat, iaitu   masalah   pembuangan   bayi. Isu   pembuangan   bayi yang   tidak   pernah   berkesudahan   ini boleh   dianggap   sebagai satu   wabak   atau   bencana   kepada   negara. Pembuangan   bayi, semakin   hari   semakin banyak   dilaporkan   di dada-dada   akhbar   dan   yang   paling   menyayat   hati   adalah   apabila   terdapat   bayi   yang tidak   berdosa   dibuang   seperti   sampah   tanpa   ada   sifat   perikemanusiaan. Tidak   dapat   dinafikan   pelbagai   usaha   telah   diambil bagi   membendung   penyakit   sosial   ini. Namun begitu, apakah   p

KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DALAM PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA

                  Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum iaitu, Melayu, India dan Cina hidup bersatu padu. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama hitam hati lain-lain, namun masyarakat yang berbilang kaum ini dapat hidup dalam keadaan yang sejahtera dan harmoni. Oleh itu, semua pihak perlu berpegang pada kekuatan jata negara iaitu 'Bersekutu Bertambah Mutu' untuk mengeratkan perpaduan di Malaysia.              Tun Dr.Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia telah menggariskan sembilan cabaran yang perlu direalisasikan menjelang tahun 2020. Salah satu cabaran yang terdapat dalam Wawasan 2020 ialah pembentukan masyarakat yang bersatu padu dan penyayang. Hal ini membuktikan bahawa warga kota yang tidak bersifat individualistik dan materialistik merupakan intipati dalam mewujudkan negara maju. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing tidak diperlukan.