Posts

Showing posts from January, 2013

FAKTOR GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

        Berita Harian, 12 Julai 2001 lalu telah melaporkan bahawa dalam tempoh 10 tahun antara tahun 1989 hingga   tahun 1998, kadar jenayah membabitkan remaja meningkat sebanyak 35 peratus bagi lelaki dan 25 peratus bagi perempuan. Statistik ini menunjukkan bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja semakin membimbangkan. Hal ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana remaja merupakan satu-satunya tonggak negara dalam menerajui kepimpinan negara sesuai dengan ungkapan “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Persoalannya, jika remaja kita musnah sebagai akibat keseronokan yang sementara ini, siapakah yang akan terus memperjuangkan nasib negara kita? Justeru, senario ini mencetuskan kebimbangan kepada semua pihak termasuklah golongan ibu bapa, guru, masyarakat, dan negara. Tidak dinafikan, pelbagai usaha telah digembleng bagi mengatasi kemelut ini. Namun begitu, apakah punca kepada kegagalan tersebut?         Kemelut ini sebenarnya bermula daripada diri remaja itu sendi

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN SUNGAI

              Proses pembentukan tamadun manusia bermula apabila wujud hubungan, iaitu penyesuaian antara manusia dengan alam sekelilingnya. Manusia akan memilih kawasan yang memudahkan mereka menjalani kehidupan harian. Lembah sungai dipilih sebagai lokasi penempatan kekal oleh manusia pada zaman dahulu disebabkan oleh pelbagai manfaat sungai kepada manusia. Antaranya termasuklah sumber air, makanan, pengangkutan dan perhubungan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sungai memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia sejak zaman dahulu lagi. Namun begitu, masalah pencemaran sungai pada masa kini amat membimbangkan.         Antara faktor pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap ke dalam sungai. Tindakan ini akan menyebabkan kualiti air sungai merosot dan tidak lagi selamat untuk kegunaan domestik. Hal ini boleh mengundang krisis air dan menyusahkan individu yang hidup bergantung kepada sungai. Tambahan pula, pembuangan sampah sarap akan menyebabkan sungai berbau b