FAKTOR PEMBUANGAN BAYI DALAM KALANGAN REMAJA
Pada abad
ke-21 ini, Malaysia merupakan
sebuah negara yang
pesat membangun dan
bersedia menongkah arus
pemodenan dalam dunia
global ini. Kini, Malaysia
begitu terkenal di mata dunia. Namun
begitu, di sebalik kegemilangan
ini, masyarakat Malaysia
masih dihantui satu
penyakit sosial yang
sudah lama bersarang
dalam kalangan masyarakat, iaitu masalah
pembuangan bayi. Isu pembuangan
bayi yang tidak pernah
berkesudahan ini boleh dianggap
sebagai satu wabak atau
bencana kepada negara. Pembuangan bayi, semakin hari
semakin banyak dilaporkan
di dada-dada akhbar dan yang
paling
menyayat hati adalah
apabila terdapat bayi
yang tidak berdosa dibuang
seperti sampah tanpa
ada sifat perikemanusiaan. Tidak dapat
dinafikan pelbagai usaha
telah diambil bagi membendung
penyakit sosial ini. Namun begitu, apakah punca
kepada kegagalan tersebut?
Antara punca
kepada masalah pembuangan
bayi yang kian
berleluasa ini adalah
kurangnya didikan agama
dalam kalangan remaja. Kekurangan didikan agama yang merupakan
panduan dan pedoman
hidup telah menyebabkan
mereka hilang arah
dalam kehidupan dan
terlibat dalam gejala-gejala
negatif seperti pergaulan
bebas. Remaja yang melibatkan
diri dalam gejala
pergaulan bebas akan
terdorong untuk menjalinkan
hubungan bertentangan dengan
hukum agama. Kesannya, remaja perempuan
akan mengandung tanpa
ikatan yang sah. Dalam
situasi tersebut, remaja yang
lemah pegangan agama
tidak akan teragak-agak
untuk membuang atau membunuh
zuriat yang dilahirkan
kerana malu dan
tidak mahu bertanggungjawab atas
zuriat tersebut. Hal ini menunjukkan peranan
agama dalam kehidupan adalah amat penting untuk membentuk pegangan hidup yang teguh dan bukannya
menurut hawa nafsu semata-mata. Malah, ayat Al-Quran, Surah Sad, ayat 26 juga menyatakan bahawa, “…janganlah kamu
menurut hawa nafsu
kerana yang demikian
itu akan menyesatkan
kamu dari jalan
Allah…” Hal ini membuktikan bahawa pegangan agama yang teguh akan
menjadi benteng yang kukuh
bagi menangkis segala anasir-anasir yang negatif dalam kehidupan.
Di samping itu, sikap
ingin tahu remaja
juga antara punca
kepada masalah ini. Remaja kini sangat cenderung
untuk mencuba sesuatu
yang baharu. Sikap ingin
tahu tentang sesuatu sememangnya wujud dalam diri
remaja. Setiap perkara yang
dilarang itulah yang
ingin diterokai oleh
mereka. Remaja beranggapan bahawa
mereka menjadi lebih
matang dan hebat dengan
mencuba sesuatu yang
jarang dilakukan oleh
orang lain. Contohnya, perlakuan
seks rambang. Hakikatnya remaja
yang matang seharusnya
berfikiran positif dan
rasional dalam membuat
keputusan dan bukannya dengan
cara yang ditegah
oleh agama. Persis kata peribahasa Melayu, “sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna”, menjelaskan kepada
kita betapa pentingnya
kita membuat keputusan
dengan bijak agar
tidak menyesal di kemudian
hari. Tambahan pula, remaja pada
masa sekarang boleh
dikatakan lebih rapat dan banyak
menghabiskan masa bersama
rakan berbanding dengan
ibu bapa mereka. Maka, boleh dikatakan
pengaruh rakan sebaya
yang negatif juga
menjadi antara punca
kepada masalah ini.
Isu
pembuangan bayi dalam
kalangan remaja ini
telah memberikan impak yang
begitu besar dalam kalangan
masyarakat, negara mahupun diri
remaja sendiri. Antara kesan permasalahan
ini kepada remaja
pada masa kini
adalah masa depan
remaja musnah begitu
sahaja akibat kelalaian
mereka menuruti hawa
nafsu tanpa memikirkan
kesannya. Isu ini akan turut
memberi impak kepada
negara. Antara kesan isu ini kepada negara pula adalah perkembangan
ekonomi negara akan
merosot dan seterusnya
menjejaskan pendapatan negara. Hal
ini demikian kerana, remaja merupakan
aset penting negara pada
masa hadapan dan memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan negara. Masa
depan negara terletak
ditangan generasi muda
yakni remaja itu
sendiri. Hal ini kerana, pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara. Namun begitu, jika
perilaku negatif remaja
berterusan, siapakah yang akan membela nasib negara
kita pada masa
akan datang?
Selain
itu, zuriat yang dilahirkan
juga mengalami kesan
yang mendalam. Zuriat merupakan
anugerah tuhan yang
tidak ternilai. Namun, kepada mereka
yang terlanjur, zuriat
yang dilahirkan dianggap
beban atau masalah
dan bukti keterlanjuran
atau kesalahan yang
mereka lakukan. Hal ini
mendorong mereka untuk membunuh atau
membuang zuriat tersebut. Namun, wajarkah bayi
yang tidak berdosa
itu dihukum akibat
kesalahan yang dilakukan
oleh ibu bapanya? Lebih menyedihkan
lagi bayi yang
ditinggalkan bukan sahaja
dibunuh malah kadang-kala
menjadi habuan binatang
buas. Bagi bayi yang
masih bernyawa pula
kesannya lebih mendalam
kerana mereka terpaksa
menjalani kehidupan dengan
memegang gelaran anak
luar nikah. Selain itu, bayi
tersebut juga tidak
dapat mengenali dan
memperoleh kasih sayang
ibu bapa kandung
mereka. Masa depan mereka
akan turut terjejas.
Kita
tidak wajar akur
dengan arus songsang
ini. Antara langkah yang boleh
diambil bagi mengatasi
kemelut ini adalah
dengan memberi perhatian
dan didikan agama yang
cukup kepada remaja
sejak kecil lagi. Hal
ini kerana, melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Memberi didikan dan
perhatian kepada anak-anak merupakan
tanggungjawab atau peranan setiap ibu bapa. Jika
ibu bapa sendiri
lalai daripada melaksanakan
tugas mereka akibat
rakus mengejar kemewahan
duniawi, bagaimana pula dengan
nasib anak-anak mereka
yang kurang didikan
dan kasih sayang? Lebih-lebih lagi, pada
usia yang mencabar
inilah remaja memerlukan
sokongan dan kasih sayang
daripada ibu bapa. Namun, kebanyakan ibu bapa mengabaikan tanggungjawab mereka. Dalam
situasi ini, sudah tentu
remaja lebih cenderung untuk memilih jalan
yang negatif bagi
mereka berkongsi kasih dan
mendapatkan perhatian akibat
kurangnya didikan agama. Oleh itu, masalah ini dapat
diatasi jika ibu
bapa melaksanakan tanggungjawab mereka dengan
baik.
Selain itu, pihak berkuasa terutama pihak polis
hendaklah membanteras pengedaran bahan-bahan
lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja. Pihak berkuasa juga hendaklah mengenakan hukuman yang setimpal
dan berat
iaitu hukuman penjara kepada mereka yang didapati
bersalah. Hal ini harus dilakukan
agar remaja berasa takut dan
serik untuk melakukan atau terlibat
dengan gejala pembuangan
bayi yang kian berleluasa
ini. Mereka juga akan berhati-hati semasa bergaul
dan mengelakkan hubungan yang melampaui batasan agama. Penekanan pendidikan juga amat penting bagi menyedarkan
masyarakat terutama remaja supaya mereka
tidak terjebak dalam masalah sosial yang membabitkan jenayah ini.
Akhirulkalam, masalah pembuangan
bayi ini dapat
diatasi di negara kita sekiranya wujud
kesedaran dan rasa
tanggungjawab dalam diri setiap individu yang
bergelar rakyat Malaysia. Justeru, setiap warga
masyarakat tanpa mengira
kaum haruslah bersatu
padu menggembleng tenaga
mencegah dan membanteras
penyakit sosial ini
agar tidak menular
dengan lebih serius dan
menjejaskan pembangunan dan
matlamat negara kita
untuk mencapai wawasan 2020. Hal ini
kerana, gejala ini melibatkan
bakal pemimpin-pemimpin negara
kita yakni remaja. Oleh itu, marilah
kita bersama-sama berganding
bahu membanteras gejala
ini.
karangan yg bgus
ReplyDeletesaya lah tu....syakirah
ReplyDeletekarangan yang bagus .... telah banyak membantu saya dalam perkembangan isi bagi assingment saya ..... thanx byk2 .... ^_^
ReplyDeletekarangannya sangat bagus ♥
ReplyDeleteThumbs up 👍👍
ReplyDeleteterima kasih. byk membantu saya dalam menyiapkan assgnmnt saya
ReplyDeletetqvm...sgt helpful utk kerja skolah sy....-
ReplyDeleteTERIMA KASIH
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteKarangan yang bagus👍👍👍
ReplyDeleteMohon saya copy trima kasih sngt mmbantu
ReplyDeleteAyat yg tersusun Dan mantap...boleh tak ajar Aku?😁
ReplyDeleteKARANGAN YANG BAGUS DAN SANGAT MEMBANTU DALAM MENYELESAIKAN TUGASAN ASSIGMENT....
ReplyDeleteKarangan yg sangat membantu saya untuk saya menghasilkan karangan saya tersendiri......isi yg sangat tersusun .....
ReplyDelete