Posts

PERANAN REMAJA DALAM MENANGANI MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH

          Di dalam kitab suci Al-Quran, istilah ‘khamar’ digunakan bagi semua bahan yang   memabukkan   atau   boleh menghilangkan kewarasan akal fikiran. Oleh yang demikian, dadah boleh dikategorikan sebagai salah satu daripada jenis ‘khamar’. Secara umumnya, dadah bermaksud sebarang bahan kimia yang psikoaktif, samada berbentuk asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. Terdapat pelbagai jenis-jenis dadah. Antaranya ialah syabu, ketamin, heroin, ganja, morfin dan kokain. Apabila dibangkitkan isu mengenai dadah sudah tentu remajalah yang selalu dikaitkan dengan gejala ini. Berdasarkan statistik dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) didapati sejumlah 126,153 orang penagih dadah ditemui sepanjang tahun 2004-2010. Bilangan penagih dadah paling tinggi yang dikesan adalah dalam lingkungan umur 25-34 dan 18-24 tahun. Hal ini jelas me

FAKTOR REMAJA LARI DARI RUMAH

        Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia . Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Permai, Puan Intan Binti Isa, guru-guru,dan rakan seperjuangan sekalian.         Terlebih dahulu, saya ingin memperkenalkan diri dan tajuk pidato saya pada hari ini. Saya,Nur Ain dari Tingkatan 4 Melati telah memilih tajuk “Masalah Remaja Lari Dari Rumah”. Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih lanjut, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya berdiri di sini dan menyampaikan pidato saya pada hari ini. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,          Dalam kepesatan pembangunan ekonomi, masyarakat kita berhadapan dengan gelombang perubahan sosial yang mencabar institusi sosial dan keluarga di negara ini. Akibatnya remaja di Malaysia sedang melalui kemelut sosial yang semakin berleluasa. Penglibatan remaja kita dalam kegiatan seks bebas, melepak

FAKTOR PEMBUANGAN BAYI DALAM KALANGAN REMAJA

            Pada   abad   ke-21   ini, Malaysia   merupakan   sebuah   negara   yang   pesat   membangun   dan   bersedia   menongkah   arus   pemodenan   dalam   dunia   global ini. Kini, Malaysia   begitu   terkenal   di   mata   dunia. Namun   begitu, di   sebalik   kegemilangan   ini,   masyarakat   Malaysia   masih   dihantui   satu   penyakit   sosial   yang   sudah   lama   bersarang   dalam   kalangan   masyarakat, iaitu   masalah   pembuangan   bayi. Isu   pembuangan   bayi yang   tidak   pernah   berkesudahan   ini boleh   dianggap   sebagai satu   wabak   atau   bencana   kepada   negara. Pembuangan   bayi, semakin   hari   semakin banyak   dilaporkan   di dada-dada   akhbar   dan   yang   paling   menyayat   hati   adalah   apabila   terdapat   bayi   yang tidak   berdosa   dibuang   seperti   sampah   tanpa   ada   sifat   perikemanusiaan. Tidak   dapat   dinafikan   pelbagai   usaha   telah   diambil bagi   membendung   penyakit   sosial   ini. Namun begitu, apakah   p