Posts

Showing posts from November, 2019

PERANAN REMAJA DALAM MENANGANI MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH

          Di dalam kitab suci Al-Quran, istilah ‘khamar’ digunakan bagi semua bahan yang   memabukkan   atau   boleh menghilangkan kewarasan akal fikiran. Oleh yang demikian, dadah boleh dikategorikan sebagai salah satu daripada jenis ‘khamar’. Secara umumnya, dadah bermaksud sebarang bahan kimia yang psikoaktif, samada berbentuk asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. Terdapat pelbagai jenis-jenis dadah. Antaranya ialah syabu, ketamin, heroin, ganja, morfin dan kokain. Apabila dibangkitkan isu mengenai dadah sudah tentu remajalah yang selalu dikaitkan dengan gejala ini. Berdasarkan statistik dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) didapati sejumlah 126,153 orang penagih dadah ditemui sepanjang tahun 2004-2010. Bilangan penagih dadah paling tinggi yang dikesan adalah dalam lingkungan umur 25-34 dan 18-24 tahun. Hal ini jelas me