FAKTOR GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA
Berita Harian, 12 Julai 2001 lalu telah melaporkan bahawa dalam tempoh 10 tahun antara tahun 1989 hingga tahun 1998, kadar jenayah membabitkan remaja meningkat sebanyak 35 peratus bagi lelaki dan 25 peratus bagi perempuan. Statistik ini menunjukkan bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja semakin membimbangkan. Hal ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana remaja merupakan satu-satunya tonggak negara dalam menerajui kepimpinan negara sesuai dengan ungkapan “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Persoalannya, jika remaja kita musnah sebagai akibat keseronokan yang sementara ini, siapakah yang akan terus memperjuangkan nasib negara kita? Justeru, senario ini mencetuskan kebimbangan kepada semua pihak termasuklah golongan ibu bapa, guru, masyarakat, dan negara. Tidak dinafikan, pelbagai usaha telah digembleng bagi mengatasi kemelut ini. Namun begitu, apakah punca kepada kegagalan tersebut? ...