CARA MENJAGA KESIHATAN

                Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Sudah semestinya setiap individu menginginkan tahap kesihatan yang baik buat diri masing-masing. Namun begitu, pelbagai penyakit kini semakin berleluasa malah ada yang menyebabkan kematian. Keadaan ini tidak seharusnya dipandang remeh dan sebaliknya perlulah dianggap serius dan disusuli dengan langkah yang efektif.

          Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha menjalani kehidupan yang sihat termasuklah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang mestilah berpandukan kepada piramid makanan. Kita disarankan supaya mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang berperanan membekalkan pelbagai jenis mineral dan vitamin kepada tubuh badan kita. Di samping itu, kita mestilah mengurangkan makanan yang berlemak supaya tidak mendapat penyakit seperti tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

           Selain itu, kita mestilah mengamalkan amalan bersukan dan bersenam. Seseorang individu mestilah menjalankan aktiviti fizikal seperti bersenam sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu dan 20 minit bagi setiap sesi. Hal ini demikian kerana bersenam akan dapat menyihatkan tubuh badan di samping meningkatkan tahap kecergasan fizikal.

              Tambahan pula, kita mestilah menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun. Hal ini bertujuan untuk memastikan tubuh badan berada dalam keadaan yang baik tanpa sebarang penyakit. Pemeriksaan kesihatan mestilah kerap dilakukan supaya dapat memulakan rawatan dari peringkat awal sekiranya didapati menghidap sebarang penyakit.

              Di samping itu, setiap individu mestilah mendapatkan tidur dan rehat yang cukup. Dalam kesibukan menjalani aktiviti harian, keperluan tubuh badan tidak wajar diabaikan. Tubuh badan kita memerlukan rehat yang secukupnya untuk terus berfungsi dengan baik. Tanpa rehat yang secukupnya, tubuh badan akan menjadi letih dan lesu sekaligus menyebabkan semua aktiviti tergendala. Oleh itu, rehat dan tidur yang cukup amat diperlukan.

                      Akhir sekali, kita mestilah menjaga kesihatan dengan baik sejak peringkat awal lagi. Sesungguhnya, kesihatan adalah anugerah Tuhan yang perlu dihargai. Oleh itu, kita bertanggungjawab memelihara kebaikan yang telah dikurniakan kepada kita. Jangan nanti terhantuk baru terngadah kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
               
             

Comments

  1. Terima kasih Miss Feeya.Cantik karangan ni

    ReplyDelete
  2. saya suka karangan ini....
    :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Pendahuluan amat penting dan bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author

      Delete
  5. Pendahuluan amat penting dan bagus

    ReplyDelete
  6. Senang buat keje skolah . Thanks

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum...karang INI sangat bagus..saya suka...

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum...karang INI sangat bagus..saya suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Karangan ini sungguh menakjubkan bagi murid-murid tahun 6 yang lemah dalam matapelajaran Bahasa Melayu Penulisan bagi digunakan pada peperiksaan UPSR kelak.

      Delete
  9. karangan ini amat bagus tetapi perlu masukkan lebih banyak penanda wacana. 1 atau 2 penanda wacana diulang......btw terbaik

    ReplyDelete
  10. thanks , this will help me in the B.M test :)

    ReplyDelete
  11. senang buat kerja tution dan peperiksaan terima kasi kepada orang yang membuat. karangan yang bagus

    ReplyDelete
  12. hi boleh tak buat untuk engilsh

    ReplyDelete
  13. hi boleh tak buat untuk engilsh

    ReplyDelete
  14. Nice😊😊essay

    Thank😄

    ReplyDelete
  15. Sng sye nk nk buat kja skolh tpi pnjg tipu je

    ReplyDelete
  16. Sng sye nk nk buat kja skolh tpi pnjg tipu je

    ReplyDelete
  17. saya suka karangan ini.....BEST

    ReplyDelete
  18. Nice karangan Miss Feeya.... Helps a lot for UPSR candidates... 👍👍👍

    ReplyDelete
  19. Komposisi ini adalah sangat sesuai untuk saya

    ReplyDelete
  20. sya suka karangan ni...menarik 🍃😆

    ReplyDelete
  21. saya suka karangan ini kerana ia karangan yg pendek

    ReplyDelete
  22. saya suka karangan ini kerana ia karangan yg pendek

    ReplyDelete
  23. saya suka karangan ini kerana ia karangan yg pendek

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. Saya suka karangan awak .ini membolehkan saya mahir dalam matalelajaran ini.cikgu saya pun mengunakan karangan ini.beliau memberitahu kami bahawa belajar hanya di hujung jari .jadi tidak perlu kita sia 2kan alat komunikasi.karangan yang Cantik kalu letakkan penanda wancana dan tambahkan isi olahan pasti best.

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. Karangan ini sungguh cantik dan menarik. Saya kagum kerana ramai orang membina karangan Bahasa Melayu di blog mereka. Awak memang seseorang yang berpendapat baik.

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. Terima kasih miss feeya.... terbaik lah karangan awak nieee👍👍👍👍👍

    ReplyDelete
  30. karangan ini dirangka dengan baik,miss feeya

    ReplyDelete
  31. mempunyai isi yang menarik dan hujahan yang mantap

    ReplyDelete
  32. Menarik 😏😏😏🤗🤗🤗🤗

    ReplyDelete
  33. Hoihoihoi menarik ni ty miss feeya <3

    ReplyDelete
  34. Menariknya karangan ni saya suka sangat karangan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. karangan ni saya tulis dalam ujian akhir tahun .ku dpt paper two 92%

      Delete
  35. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  36. Karangan ini bagus Dan faham

    ReplyDelete
  37. Karangan ini bagus Dan faham

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. Tidur yg cukup
    Pemakanan yg seimbang
    Amalan bersukan
    Pemeriksaan kesihatan

    1 lagi isi ?
    Karangan sekurang²nya 5 isi..

    ReplyDelete
  40. This karangan is so good the best!

    ReplyDelete

  41. Karangan ini sungguh menakjubkan bagi murid-murid tahun 6 yang lemah dalam matapelajaran Bahasa Melayu Penulisan bagi digunakan pada peperiksaan UPSR kelak.

    Betul cakap orang ini,says tahun 6 dan ini amat membantukan saya dalam membuat karangan saya

    ReplyDelete
  42. cantik sungguh karangan ini hahaha

    ReplyDelete
  43. Tera kasih sangat membantu karangan ni

    ReplyDelete
  44. bAGUS KARANGAN YANG MENARIK...

    ReplyDelete
  45. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  46. Penuh dengan isi....
    Memang best🥰🥰🥰

    ReplyDelete
  47. Terima kasih sekarang saya boleh tulis karangan yang lebih baik😊😊

    ReplyDelete
  48. Terima kasih.Karangan ini sangat lengkap

    ReplyDelete
  49. Menarik 😊😊😊.i like this karangan .karangan yang lengkap.saya suka karangan ini.very very useful.tq so much😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘

    ReplyDelete
  50. Karangan yang berprestasi tinggi!

    ReplyDelete
  51. Issa good paragraph for ma siblings, thanks to this website

    ReplyDelete
  52. karangan ini membantu ramai murid untuk belajar cara-cara menjaga kesihatan :D

    ReplyDelete
  53. Tq bagus karangan ni terbaik laaaa

    ReplyDelete
  54. Thank.. esok periksa up2 😭.. tahun ni(tahun depan) SPM lagi 2 bulan🤣😭😌😎😂.. SPM 20/21 .. doakan saya

    ReplyDelete
  55. Thank you so much ,for published this essay

    ReplyDelete
  56. Perhaps you can try to use 'Kesimpulannya,...' for the starting of your last paragraph instead of 'Akhir sekali '. I think that 'Akhir sekali' is much more suitable for your last statement or ' isi terakhir' y'know. Just a recommendation. All that aside, I was wondering if you could share any tips regarding on how to write better essays?

    ReplyDelete
  57. Anyways, thanks for sharing this. It helped a lot.

    ReplyDelete
  58. Hi 🤗karangan ini sangat bermanfaat kepada says.terima kasih👍🏻👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
  59. karangan ni jenis karangan apa

    ReplyDelete
  60. Bgus sngat bermanfaat kpada smua orang yang membaca!

    ReplyDelete
  61. Ini karangan tulis oleh budak darjah 4 kah

    ReplyDelete
  62. I love this karangan.......
    ( ˘ ³˘)♥

    ReplyDelete
  63. Thank you so much miss Feeya...Always helpful for me🥰🥰🥰

    ReplyDelete
  64. Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Sudah semestinya setiap individu menginginkan tahap kesihatan yang baik buat diri masing-masing. Namun begitu, pelbagai penyakit kini semakin berleluasa malah ada yang menyebabkan kematian. Keadaan ini tidak seharusnya dipandang remeh dan sebaliknya perlulah dianggap serius dan disusuli dengan langkah yang efektif.

    Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha menjalani kehidupan yang sihat termasuklah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang mestilah berpandukan kepada piramid makanan. Kita disarankan supaya mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang berperanan membekalkan pelbagai jenis mineral dan vitamin kepada tubuh badan kita. Di samping itu, kita mestilah mengurangkan makanan yang berlemak supaya tidak mendapat penyakit seperti tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

    Selain itu, kita mestilah mengamalkan amalan bersukan dan bersenam. Seseorang individu mestilah menjalankan aktiviti fizikal seperti bersenam sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu dan 20 minit bagi setiap sesi. Hal ini demikian kerana bersenam akan dapat menyihatkan tubuh badan di samping meningkatkan tahap kecergasan fizikal.

    Tambahan pula, kita mestilah menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun. Hal ini bertujuan untuk memastikan tubuh badan berada dalam keadaan yang baik tanpa sebarang penyakit. Pemeriksaan kesihatan mestilah kerap dilakukan supaya dapat memulakan rawatan dari peringkat awal sekiranya didapati menghidap sebarang penyakit.

    Di samping itu, setiap individu mestilah mendapatkan tidur dan rehat yang cukup. Dalam kesibukan menjalani aktiviti harian, keperluan tubuh badan tidak wajar diabaikan. Tubuh badan kita memerlukan rehat yang secukupnya untuk terus berfungsi dengan baik. Tanpa rehat yang secukupnya, tubuh badan akan menjadi letih dan lesu sekaligus menyebabkan semua aktiviti tergendala. Oleh itu, rehat dan tidur yang cukup amat diperlukan.

    Akhir sekali, kita mestilah menjaga kesihatan dengan baik sejak peringkat awal lagi. Sesungguhnya, kesihatan adalah anugerah Tuhan yang perlu dihargai. Oleh itu, kita bertanggungjawab memelihara kebaikan yang telah dikurniakan kepada kita. Jangan nanti terhantuk baru terngadah kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KARANGAN DIRI SAYA

PERANAN INSTITUSI KELUARGA DALAM MELAHIRKAN INSAN CEMERLANG