Posts

LANGKAH LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

             Perpaduan merupakan antara elemen terpenting dalam pembentukan sesebuah negara yang harmoni. Perpaduan ini dapat dipupuk dengan semangat kejiranan yang utuh. Sememangnya tidak dapat disangkal bahawa masyarakat yang bersatu padu bermula dengan adanya semangat kejiranan yang tersemai dalam jiwa. Oleh itu, setiap individu haruslah memiliki semangat kejiranan yang tinggi demi mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara yang berbilang kaum. Namun begitu, semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat kini. Justeru, senario ini haruslah disusuli dengan langkah yang efektif supaya dapat dibendung sebelum masalah seumpama ini terus menular menjadi barah yang akan menjejaskan keharmonian negara.         Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha memupuk semangat kejiranan termasuklah mengamalkan amalan ziarah-menziarahi. Amalan ini dapat mengeratkan hubungan silatur...

KARANGAN DIRI SAYA

                 Nama saya Nur Syuhada Binti Ismail. Saya berusia 16 tahun dan merupakan seorang pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara. Saya dilahirkan pada tujuh Februari tahun 1995 di sebuah hospital swasta yang terletak di bandar raya Kuala Lumpur. Saya mempunyai empat orang adik beradik dan merupakan anak kedua dalam keluarga. Saya telah memulakan alam persekolahan saya di Sekolah Kebangsaan Seri Mutiara dan telah mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan disusuli dengan keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).                 Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana hidup saya lengkap dengan kehadiran insan yang bergelar ayah, ibu, abang, dan adik yang membentuk keluarga saya. Ayah dan ibu m...

KEPENTINGAN AMALAN MENABUNG

                Menabung ialah amalan meyimpan wang yang diperoleh. Wang ini disimpan di tempat yang selamat seperti di bank atau dalam bentuk saham atau bon. Menabung juga dapat dikatakan seperti menyediakan payung sebelum hujan. Banyak kebaikan yang akan kita peroleh jika kita menabung.               Salah satu daripada kebaikan menabung ialah kita akan mendapat keuntungan. Hal ini kerana wang yang disimpan di bank akan dibayar faedah manakala saham akan dibayar dividen. Sebagai contoh, jika kita menyimpan wang di dalam akaun simpanan tetap, kita akan dibayar faedah mengikut kadar dan tempoh simpanan. Oleh itu, lebih lama wang itu disimpan, lebih tinggi kadar faedah yang akan diperoleh.             Amalan menabung akan mendidik kita supaya sentiasa berjimat cermat. Sikap berjimat cermat sebenarnya merupakan satu amalan yang baik ker...

UCAPAN HARI PERPISAHAN

          Yang Berusaha Puan Naaimah Bt Ismail, Pengetua SMK Taman Desa, Yang Dihormati Puan Rojmah Bt Abdullah, Guru Penolong Kanan, Puan Maimunah Bt Abdul Ghani, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Yang Berbahagia Encik Muhammad Johari Bin Mustafa, Yang Dipertua PIBG, guru-guru, para pengawas serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera saya ucapkan.                      Terlebih dahulu saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak majlis kerana telah memberikan saya peluang untuk berucap dalam majlis ini. Alhamdulillah setinggi tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Kuasa, Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya serta keizinan-Nya dapat kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sungguh bermakna dan penuh erti pada hari ini.     ...

UCAPAN HARI GURU

             Yang Berusaha Puan Naaimah Bt Ismail, Pengetua SMK Taman Desa, Yang Dihormati Puan Rojmah Bt Abdullah, Guru Penolong Kanan, Puan Maimunah Bt Abdul Ghani, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Yang Berbahagia Encik Muhammad Johari Bin Mustafa, Yang Dipertua PIBG, guru-guru,para pengawas dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Salam Satu Malaysia dan Salam Mercu di Hari Guru.             Terlebih dahulu terima kasih diucapkan kepada pihak majlis yang telah memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan ucapan pada hari yang mulia ini. Alhamdulillah, saya ingin panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya serta inayahnya dapat kita bersama-sama meraikan sambutan hari guru yang sungguh bermakna dan penuh erti pada hari ini.          Sesungguhnya tanggal 16 Mei amat penting dan sangat ber...

FAKTOR GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

        Berita Harian, 12 Julai 2001 lalu telah melaporkan bahawa dalam tempoh 10 tahun antara tahun 1989 hingga   tahun 1998, kadar jenayah membabitkan remaja meningkat sebanyak 35 peratus bagi lelaki dan 25 peratus bagi perempuan. Statistik ini menunjukkan bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja semakin membimbangkan. Hal ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana remaja merupakan satu-satunya tonggak negara dalam menerajui kepimpinan negara sesuai dengan ungkapan “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Persoalannya, jika remaja kita musnah sebagai akibat keseronokan yang sementara ini, siapakah yang akan terus memperjuangkan nasib negara kita? Justeru, senario ini mencetuskan kebimbangan kepada semua pihak termasuklah golongan ibu bapa, guru, masyarakat, dan negara. Tidak dinafikan, pelbagai usaha telah digembleng bagi mengatasi kemelut ini. Namun begitu, apakah punca kepada kegagalan tersebut?      ...

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN SUNGAI

              Proses pembentukan tamadun manusia bermula apabila wujud hubungan, iaitu penyesuaian antara manusia dengan alam sekelilingnya. Manusia akan memilih kawasan yang memudahkan mereka menjalani kehidupan harian. Lembah sungai dipilih sebagai lokasi penempatan kekal oleh manusia pada zaman dahulu disebabkan oleh pelbagai manfaat sungai kepada manusia. Antaranya termasuklah sumber air, makanan, pengangkutan dan perhubungan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sungai memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia sejak zaman dahulu lagi. Namun begitu, masalah pencemaran sungai pada masa kini amat membimbangkan.         Antara faktor pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap ke dalam sungai. Tindakan ini akan menyebabkan kualiti air sungai merosot dan tidak lagi selamat untuk kegunaan domestik. Hal ini boleh mengundang krisis air dan menyusahkan individu yang hidup ber...