UCAPAN HARI PERPISAHAN



          Yang Berusaha Puan Naaimah Bt Ismail, Pengetua SMK Taman Desa, Yang Dihormati Puan Rojmah Bt Abdullah, Guru Penolong Kanan, Puan Maimunah Bt Abdul Ghani, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Yang Berbahagia Encik Muhammad Johari Bin Mustafa, Yang Dipertua PIBG, guru-guru, para pengawas serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera saya ucapkan.
         
           Terlebih dahulu saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak majlis kerana telah memberikan saya peluang untuk berucap dalam majlis ini. Alhamdulillah setinggi tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Kuasa, Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya serta keizinan-Nya dapat kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sungguh bermakna dan penuh erti pada hari ini.

         Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Setiap perpisahan sudah tentu amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu kerana akan kehilangan guru yang amat kami sayangi dan cintai. Pada kami, beliau bukan sahaja guru tetapi ibarat ibu dalam sebuah keluarga besar di sekolah ini.

           Lembut, tenang tetapi tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawab. Itulah butir kata-kata yang dapat digambarkan mengenai beliau. Beliau sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab serta bersungguh-sungguh dalam berusaha untuk meningkatkan tahap prestasi akademik para pelajar. Beliau juga telah banyak menyumbang jasa dan baktinya buat anak muridnya. Syabas diucapkan kepada cikgu atas komitmen yang begitu padu demi memastikan kecemerlangan anak-anak didikmu.

           Semoga semangat ini akan berterusan pada masa-masa hadapan. Saya juga berharap agar hubungan silaturrahim cikgu dengan warga SMK Taman Desa akan terus terjalin erat. Sesungguhnya jasa dan budi yang ditabur tidak dapat dibalas dan tentunya akan dikenang sampai bila-bila.

            Dalam kesempatan ini, saya mewakili pelajar pelajar SMK Taman Desa merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Puan Rojmah yang tidak pernah mengenal jemu mendidik dan mengorbankan masa demi kami,anak muridmu. Kami berdoa, semoga Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada cikgu, dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan dikurniakan kebahagiaan.

Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Comments

  1. Bagi pendapat saya, kalau admin menambah sedikit isi dalam karangan ini mungkin karangan ini akan menjadi lebih baik...(hanya cadangan, harap boleh dipertimbangkan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...terima kasih...karangan ni ditulis masa admin skola dulu...post di blog supaya dpt bantu adik2 lain... :)

      Delete
  2. TERIMA KASIH KAK .SEBAB AKAK SAYA DAPAT SIAPKAN KERJA SAYA .BAGUS BLOG AKAK .

    ReplyDelete
  3. Senang utk buat kerja yg diberi oleh guru2

    ReplyDelete
  4. Nak 4 isi Faktor persaraan pengetua

    ReplyDelete
  5. Thank you very much miss . Superb .

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kak sekarang saya sudah siap kerja sekolah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KARANGAN DIRI SAYA

CARA MENJAGA KESIHATAN

PERANAN INSTITUSI KELUARGA DALAM MELAHIRKAN INSAN CEMERLANG