LANGKAH LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN
Perpaduan merupakan antara elemen terpenting dalam pembentukan sesebuah negara yang harmoni. Perpaduan ini dapat dipupuk dengan semangat kejiranan yang utuh. Sememangnya tidak dapat disangkal bahawa masyarakat yang bersatu padu bermula dengan adanya semangat kejiranan yang tersemai dalam jiwa. Oleh itu, setiap individu haruslah memiliki semangat kejiranan yang tinggi demi mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara yang berbilang kaum. Namun begitu, semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat kini. Justeru, senario ini haruslah disusuli dengan langkah yang efektif supaya dapat dibendung sebelum masalah seumpama ini terus menular menjadi barah yang akan menjejaskan keharmonian negara.
Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha memupuk semangat kejiranan termasuklah mengamalkan amalan ziarah-menziarahi. Amalan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran. Malah,amalan ziarah-menziarahi ini sangat digalakkan dalam Islam. Misalnya, apabila jiran bertandang ke rumah, sudah semestinya kita akan menyambut baik kedatangan mereka dan melayan mereka dengan penuh adab sopan. Hal ini seterusnya akan melahirkan rasa hormat dan kasih sayang sesama individu. Oleh itu, amalan ziarah-menziarahi wajar dibudayakan dalam masyarakat.
Selain itu, semangat kejiranan dapat turut dipupuk melalui amalan gotong-royong. Amalan gotong-royong sememangnya membawa banyak manfaat kepada masyarakat. Hal ini kerana apabila segolongan masyarakat bersatu menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perumahan, mereka bukan sahaja dapat memelihara kebersihan tempat kediaman mereka malah dapat mengeratkan hubungan sekaligus memupuk semangat kerjasama. Di samping itu, nilai kerjasama dan masyarakat yang prihatin juga dapat diwujudkan. Justeru, masyarakat mestilah melibatkan diri dalam aktiviti seumpama ini untuk kebaikan bersama.
Tambahan pula, rumah-rumah terbuka yang lazimnya diadakan ketika musim perayaan wajar dilihat sebagai satu langkah yang efektif dalam usaha memupuk semangat kejiranan. Negara kita yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum membolehkan kita melihat pelbagai jenis adat dan budaya. Apabila rumah terbuka diadakan, masyarakat akan dapat mengenali adat dan budaya kaum lain. Hal ini akan dapat mewujudkan persefahaman dan sekaligus mengelakkan perselisihan faham yang boleh menjejaskan perpaduan kaum. Oleh itu, amalan rumah terbuka ini wajar diteruskan dalam masyarakat.
Akhir sekali, semangat kejiranan yang semakin luntur tidak wajar dipandang enteng. Sebaliknya, perlulah dianggap sebagai satu perkara yang sangat penting dalam masyarakat. Kerajaan haruslah terus melakukan usaha-usaha yang boleh mengukuhkan lagi perpaduan dalam masyarakat di negara kita. Sebesar rumah bermula dengan seketul bata. Oleh itu, perpaduan kaum haruslah bermula semangat kejiranan yang utuh.
good luck to karangan
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteberpe pth perktaan ni
ReplyDeleteHai feeya . Nak kenal boleh ? Tak kenal maka tak cinta . Huhuhu
ReplyDeleteHai feeya . Nak kenal boleh ? Tak kenal maka tak cinta . Huhuhu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deleteupsr is today.
ReplyDeleteSama ngan buku aq..nii salin ke ape nii??
ReplyDeleteSama ngan buku bahasa melayu yg disediakan oleh kumareshan.
Kenapa lima perenggan je???... Karangan kan wajib ada lima perenggan
ReplyDeleteKenapa lima perenggan je???... Karangan kan wajib ada lima perenggan
ReplyDeletewajib 6 perenggan lah
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletePelik sungguh Komen yg korang bagi ni
ReplyDeleteOii
Deletehfh
ReplyDeletewah panjangnye
ReplyDeletekarangan ni saya suka tetapi karangan cuma mempunyai beberapa ayat tersirat yang lainnya pula adalah berkaitan dengan tajuknya tapi membaca boleh memberikan kita semua inpirasi ya kawan2 ok.
ReplyDeleteyeet thx
ReplyDeletewhy r yall DRAGGING her. let her breathe
ReplyDeletekarangan ini sangattttttt best
ReplyDelete😃😃😄😄
DeleteKarangan ni 👍 Dan berapa 😊😊
ReplyDelete