KARANGAN DIRI SAYA

                Nama saya Nur Syuhada Binti Ismail. Saya berusia 16 tahun dan merupakan seorang pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara. Saya dilahirkan pada tujuh Februari tahun 1995 di sebuah hospital swasta yang terletak di bandar raya Kuala Lumpur. Saya mempunyai empat orang adik beradik dan merupakan anak kedua dalam keluarga. Saya telah memulakan alam persekolahan saya di Sekolah Kebangsaan Seri Mutiara dan telah mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan disusuli dengan keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

                Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana hidup saya lengkap dengan kehadiran insan yang bergelar ayah, ibu, abang, dan adik yang membentuk keluarga saya. Ayah dan ibu merupakan merupakan individu yang paling saya sayangi dan hormati dalam hidup saya. Walaupun kadang kala saya gagal menurut perintah mereka dan melakukan kesilapan, mereka tetap menyayangi saya dan menasihati saya serta sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk saya.

                    Saya juga mempunyai seorang abang dan dua orang adik perempuan. Abang saya berusia 21 tahun dan adik-adik saya masing-masing berusia 15 tahun dan enam tahun. Kami telah dididik dengan baik oleh kedua ibu bapa kami. Sekiranya kami melakukan kesilapan, ayah saya akan menasihati kami dengan cara yang baik dan tidak pernah menghukum kami. Saya dan adik-beradik saya boleh dikatakan sebagai individu yang memiliki sikap degil atau keras kepala. Namun begitu, jika dilihat dari perspektif yang positif, kami boleh dianggap sebagai individu yang berpendirian tegas.

                 Selain itu, saya merupakan seorang yang berkeyakinan tinggi. Saya yakin bahawa saya akan dapat melakukan yang terbaik dalam apa jua tugas yang dilakukan sekiranya dilaksanakan dengan cara yang betul dan disertai dengan usaha yang gigih. Selain itu, doa turut menjadi faktor kejayaan seseorang. Justeru, setiap usaha  yang diambil perlu disulami dengan doa dan iltizam yang tinggi.

                     Saya suka melakukan tugas-tugas saya secara sistematik. Oleh itu, saya akan menjalani aktiviti harian saya berpandukan jadual harian yang telah saya sediakan. Hal ini juga amat membantu saya menguruskan masa dengan bijak kerana saya sentiasa mengetahui apa yang perlu saya lakukan pada masa-masa tertentu. Justeru, saya dapat mengelakkan pembaziran masa. Tambahan pula, pengurusan masa yang baik amat penting kepada saya yang memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

                    Pada masa senggang, saya gemar membaca buku. Antara bahan bacaan yang menjadi pilihan saya ialah novel, majalah, dan buku-buku fiksyen. Saya gemar membaca kerana saya mendapat kepuasan apabila membaca. Selain itu, saya amat suka melayari internet dan membaca untuk mengumpul maklumat mengenai kerjaya profesional yang mungkin  akan saya ceburi kelak. Saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang sesuatu kerjaya sebelum menceburinya supaya saya akan dapat membuat keputusan mengikut minat saya.

                     Subjek kegemaran saya ialah Bahasa Melayu, Sejarah, Pendidikan Islam dan juga Sains. Saya meminati bidang undang-undang dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam pada masa depan. Saya merupakan seorang yang bercita-cita tinggi. Saya ingin menjadi seorang yang berilmu supaya saya akan dapat mencapai kejayaan dalam hidup dan akan sentiasa dihormati.

Comments

  1. Beautiful karangan love and regards from jackson chee

    ReplyDelete
  2. I took some of your ideas because the sentence structure is good and i love your use of words. love and regards from me ^_^

    ReplyDelete
  3. IT IS VERY USEFUL FOR ME BCUZ I AM AN UPSR STUDENT. ALTHOUGH IT IS A PMR / SPM ESSAY I CAN GET MANY IDEAS!!! THX MISS FEEYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. duh calon upsr 2014 ke dpt bapa skola mana????

      Delete
    2. Karangan ni sangat bagus saya tidak boleh buat karangan macam ni.macam awak buat karangan sebagus ini.

      Delete
  4. boleh tahu berapa patah perkataan

    ReplyDelete
  5. your sentence structure is very good and i really really love it..love and regards from me..

    ReplyDelete
  6. Nice essay...may I take it as copy?xD

    ReplyDelete
  7. Im copy your essay in english essay . I love it !

    ReplyDelete
  8. Thanks for this useful karangan. I just got to form 1 so I'm really blur and now I've got some ideas for mine. :) ^^

    ReplyDelete
  9. Akk mntk izin copy ye sebagai bhn pengajaran. terima kasih

    ReplyDelete
  10. This Essay Is Very Good..👍👍👍👍

    ReplyDelete
  11. This Essay Is Very Good..👍👍👍👍

    ReplyDelete
  12. This Essay Is Very Good..👍👍👍👍

    ReplyDelete
  13. Sye ambik idea awk skit untuk karangan sye tau.....karangan awk daebak.....

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Good structure of words😊😊

    ReplyDelete
  17. Good structure of words😊😊

    ReplyDelete
  18. Tq for this essay , I'm Lovin It❤ .

    ReplyDelete
  19. Hebatla karangan..Thanks ^_^

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Lagipun tengah x de idea ni....

    ReplyDelete
  22. selamat sejahtera...diri saya karangan ialah medium tetapi ad isinya banyak so luaskan ayat kamu lagi...karangan awk hebat...LEARN FROM A MISTAKE

    ReplyDelete
  23. 👍👍👍👍|♡ everything about this essay

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. Karangan yang sangat tip top di kalangan murid form 1/2 saya sangat menyukai nya,terima kasih 💖

    ReplyDelete
  26. Awesome essay I love it
    Make this again

    ReplyDelete
  27. I will take certain part of your essay because it is so brilliant and talented

    ReplyDelete
  28. i like your biodata 😚😚mantap giller weiiii...aq suka

    ReplyDelete
  29. karangan memang bagus.... saya minta izin copy ya,thx

    ReplyDelete
  30. Karangan yang bagus dan dramatis,tahniah kepada anda

    ReplyDelete
  31. https://naufalnajwan75.blogspot.com/2020/11/personal-blog.html

    ReplyDelete
  32. https://naufalnajwan75.blogspot.com/2020/11/personal-blog.html

    ReplyDelete
  33. Mintak izin copy karangan ni ya...

    ReplyDelete
  34. I really love this essay. It is very very helpful for my exams. 👏🏻

    ReplyDelete
  35. mantap siuttttt.......cg nazri mesti seronok baca karangan aku.....(:

    ReplyDelete
  36. Ok,karangan ni ditulis pada 2013=umur 16 tahun(form 4)
    sekarang dah 2022
    so 2022-2013=9 tahun
    9 tahun+16=25 tahun....
    Jadi,Syuhada tu skrg dah 25 lah kan? Did she became a lawyer now? I hope so....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CARA MENJAGA KESIHATAN

PERANAN INSTITUSI KELUARGA DALAM MELAHIRKAN INSAN CEMERLANG